Carian
Aplikasi LINE Dikemaskini – Membawakan Sokongan Panggilan Video Dan “Snap Movie”
September 24, 2013 Aman

Aplikasi permesejan popular, LINE hari ini memperkenalkan kemaskini kepada perkhidmatan mereka, dimana bersama-sama dengannya, ia membawakan dua fungsi baru memfokuskan kepada video, iaitu sokongan panggilan video, dan penghantaran video Snap Movie.

Melalui fungsi panggilan video pada LINE, kini pengguna boleh membuat panggilan antara satu sama lain dengan mudah, tanpa mengira sebarang platform yang digunakan. Ia juga turut menyokong panggilan video melalui talian WiFi ataupun 3G, disamping mana memudahkan pengguna beralih daripada panggilan video ke panggilan suara dengan pantas.

Selain itu, satu lagi fungsi baru yang diperkenalkan adalah Snap Movie, membolehkan pengguna merakamkan video antara 4 hingga 10 saat sebelum berkongsi dengan rakan-rakan lain. Pengguna juga boleh menambah lagu latar dan juga sticker serta teks pada video yang dirakamkan.

LINE - Snap Movie

Menariknya, video tersebut akan disimpan pada peranti pengguna, membolehkan ia dimuat-naik ke laman sosial lain dengan mudah. Walaubagaimanapun, fungsi ini hanya hadir pada versi iOS sahaja buat masa ini, dan akan menyusul untuk pengguna Android tidak lama lagi.

Bersama-sama pengenalan dua fungsi ini, pihak LINE juga turut sama membawakan beberapa penambahan baru pada aplikasi permesejan mereka, yang mana boleh dimuat-turun untuk peranti mudah-alih dan juga desktop.

Komen