Cari @ Amanz

Sony Malaysia kini dilihat telah mengemaskini halaman web Xperia Z1 mereka, sekaligus membolehkan para pengguna yang ingin mendapatkannya, mendaftarkan minat dan menerima emel terus daripada Sony apabila ia telah sedia untuk dijual kelak.

Mengikut pihak Sony sebelum ini, peranti ini bakal ditawarkan pada awal Oktober kelak.

Xperia Z1 merupakan telefon pintar terbaru daripada Sony, dimana ia memfokuskan kepada bahagian kamera melalui sensor 20.7-megapixel dengan lensa-G pada peranti berkenaan.

Selain itu, telefon pintar Sony terbaru ini turut membawakan skrin dengan paparan lebih baik, disamping menyertakan rekabentuk kalis air dan debu seperti beberapa peranti mereka yang lain.

Buat masa ini, harga jualan rasmi peranti berkenaan masih tidak diketahui lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd