Cari @ Amanz

Dengan dunia peranti mudah-alih yang berkembang pesat, kini beberapa jenama terkemuka, termasuk Canon, HP, Samsung dan juga Xerox bersatu dalam hadir dengan sebuah gabungan yang dinamakan sebagai Mopria.

Disertai oleh Canon, HP, Samsung dan juga XeroxMelalui Mopria Alliance, ia akan memfokuskan kepada percetakkan yang dilakukan melalui telefon pintar dan tablet, dimana mereka ingin memudahkan proses yang dilakukan dan menetapkan sebuah piawaian baru untuknya.

Buat masa ini, untuk mencetak, ia selalunya memerlukan pengguna menghubungkan peranti ke sistem percetakkan awan seperti yang disediakan Google, ataupun memuat-turun sebuah aplikasi khas untuknya.

Mopria Alliance

Tiada sebarang piawaian khas yang ditetapkan, menjadikan ia sedikit sukar untuk menghubungkan peranti mudah-alih kepada pencetak.

Melalui piawaian baru kelak, ia kelak akan memfokuskan kepada mengatasi keperluan aplikasi ataupun sesuatu keperluan khas untuk mencetak. Ia dijangka akan menggunakan teknologi seperti WiFi atau NFC daripada sebarang sistem operasi, dan kemudian mencetak dengan mudah menggunakannya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah peranti dan juga pencetak yang menepati piawaian Mopria ini akan hadir ke pasaran.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd