Samsung Mengumumkan Sensor Kamera ISOCELL Dengan Rakaman Gambar Lebih Berkualiti

Samsung Mengumumkan Sensor Kamera ISOCELL Dengan Rakaman Gambar Lebih Berkualiti

Diterbitkan pada Sep 25, 2013 oleh .

Dengan lebih ramai pengeluar peranti mudah-alih memfokuskan kepada sokongan kamera, kini, pihak Samsung turut sama berkongsi mengenai teknologi sensor kamera dan juga sensor pengimejan CMOS mereka yang terbaru, dinamakan sebagai ISOCELL.

Menurut Samsung, melalui teknologi baru ini, ia meningkatkan kadar sensitif cahaya sekaligus membawakan rakaman gambar dengan pewarnaan yang baik, walaupun pada kadar cahaya rendah.

Samsung ISOCELL

Buat masa ini, sensor ini memfokuskan kepada kamera 8-megapixel, yang mana memperlihatkan kepada penurunan kadar megapixel jikalau dibandingkan dengan Galaxy S4 mahupun Galaxy Note 3.

Samsung mengatakan yang mana dengan persaingan pada pasaran hari ini, bahagian kamera lebih memfokuskan kepada peningkatan resolusi dan juga kualiti gambar, tanpa mengubah saiz kamera. Ia dikatakan dengan menggunakan ISOCELL juga, ia akan mengurangkan ruangan yang diperlukan, sekaligus memudahkan peranti yang lebih nipis hadir ke pasaran.

Sensor baru ini dijangka akan hadir pada telefon pintar dan tablet akan datang daripada Samsung kelak.


TIPS & ULASAN