YouTube Mengumumkan Sistem Komen Baru – Dijana Oleh Google+

YouTube Mengumumkan Sistem Komen Baru – Dijana Oleh Google+

Diterbitkan pada Sep 25, 2013 oleh .

YouTubeGoogle hari ini mengumumkan sokongan sistem komen baru pada YouTube, dimana ia akan diintegrasikan bersama-sama Google+, sekaligus membolehkan komen yang lebih berkualiti dipaparkan dibawah setiap video.

Pada hari ini, sistem komen YouTube memaparkan komen mengikut masa, dan ia dijangka akan berubah kepada bentuk yang lebih relevan melalui sistem komentar baru ini, serta pada masa yang sama mengurangkan angka spam pada komen video di YouTube.

Melalui sistem komen baru ini, ia akan memaparkan komentar daripada personaliti popular, dan juga rakan-rakan Google+ anda terlebih dahulu pada posisi lebih tinggi, selain turut memaparkan komen yang mendapat kadar reaksi yang baik dibawah bahagian video.

Pada masa yang sama, pihak YouTube juga dilihat memberikan lebih kawalan kepada pengendali sesuatu saluran, membolehkan mereka menyenarai-hitam seseorang pengguna daripada meninggalkan komen, ataupun menyenarai-hitam akan sesuatu perkataan.

Sistem baru ini bakal diperkenalkan pada tab Discussion terlebih dahulu pada minggu ini, dan akan hadir ke semua video di YouTube secara berperingkat dalam beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN