Google Memberikan Nafas Baru Pada Halaman Tab Di Chrome

Google Memberikan Nafas Baru Pada Halaman Tab Di Chrome

Diterbitkan pada Sep 25, 2013 oleh .

Sehingga kini, halaman tab baru pada Chrome tidak begitu berubah. Hari ini, melalui kemaskini yang diperkenalkan untuk Chrome, pihak Chrome membawakan beberapa perubahan, sekaligus memudahkan pengguna membuat carian menggunakannya.

Google Chrome New Tab

Melalui halaman tab baru, kini Google memaparkan sebuah kotak carian, dan pada bahagian bawahnya adalah halaman yang sering dilawati pengguna. Menurut Google, halaman tab baru ini juga turut sama akan membawa perubahan doodle mengikut sesuatu peristiwa.

Google Chrome Baru

Selain daripada itu, kini pihak Google turut sama membawakan sebuah butang akses pantas kepada aplikasi yang diletakkan pada bahagian bar atas pelayar web.

Untuk para pengguna Chrome, anda boleh mengemaskini pelayar web desktop anda hari ini, dan menikmati fungsi baru ini.


TIPS & ULASAN