Cari @ Amanz

Maxis Melancarkan #Hotlink – Pelan Prabayar Dengan Akses Internet Percuma Pada Kelajuan 64Kbps

Oleh Aman

Link Copied!

Maxis hari ini memperkenalkan pelan prabayar mereka yang terbaru, dimana ia hadir dengan akses internet asas secara percuma, membolehkan pengguna mengakses internet menggunakan sebarang aplikasi dan juga pelayar web.

Namun, kepantasan yang disediakan adalah hanya pada kadar 64Kbps, membolehkan pengguna menggunakan beberapa aplikasi asas seperti WhatsApp sepanjang masa. Walaubagaimanapun, sekiranya pengguna inginkan kelajuan internet yang lebih tinggi, mereka boleh melanggannya pada kadar serendah RM1 sehari.

Selain daripada akses internet, pelan #Hotlink ini juga membolehkan pengguna membuat panggilan pada kadar rata 12 sen untuk 30 saat, ataupun 7 sen satu SMS.

Pengguna yang berminat boleh mendapatkan pek #Hotlink daripada Pusat Maxis seluruh negara, sementara pengguna sedia ada boleh menaik-taraf ke pelan ini dengan mendail *108*25#.

Maxis #Hotlink

Maxis #Hotlink

Maxis #Hotlink

Maxis #Hotlink

Maxis #Hotlink


Komen ()