Cari @ Amanz

500px merupakan salah satu laman perkongsian gambar popular dikalangan para peminat fotografi. Terkini, selain menyediakan aplikasi mereka untuk peranti mudah-alih, pembangunnya turut sama hadir dengan aplikasi khas untuk Windows 8.

500px Windows 8

500px Windows 8

Melalui aplikasi 500px untuk Windows 8, ia membolehkan pengguna menigikuti pelbagai perkembangan seperti gambar popular pada sesuatu hari, selain membuat carian gambar mengikut kata kunci.

Bagi mereka yang berminat dengan fotografi, dan ingin melihat gambar-gambar yang dirakamkan dengan cantik dari seluruh dunia, mungkin boleh memuat-turun aplikasi 500px ini untuk komputer atau tablet berasaskan Windows 8 dan Windows RT anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd