YouTube Kini Menyediakan Audio Muzik Percuma Untuk Digunakan Pada Video

YouTube Kini Menyediakan Audio Muzik Percuma Untuk Digunakan Pada Video

Diterbitkan pada Sep 25, 2013 oleh .

YouTubeYouTube sedia menawarkan kebolehan untuk menambah audio dan lagu pada video selepas dimuat-naik. Kini, mereka melangkah setapak kehadapan, dengan menawarkan ratusan lagu tanpa royalti untuk digunakan pada video.

Melalui halaman khas yang dinamakan Audio Library, lebih kurang 150 bunyi lagu disediakan untuk digunakan pada video terbitan para pengguna

Dengan melawatinya, pengguna boleh memuat-turun lagu dalam bentuk fail MP3, dan kemudian menggunakan lagu berbentuk instrumen tersebut pada video-video yang diterbitkan anda.

Layari : YouTube Audio Library


TIPS & ULASAN