Nokia Dikatakan Akan Hadir Dengan Enam Peranti Baru Pada Bulan Hadapan

Nokia Dikatakan Akan Hadir Dengan Enam Peranti Baru Pada Bulan Hadapan

Diterbitkan pada Sep 25, 2013 oleh .

Dengan Nokia yang menjadualkan acara khas pada bulan Oktober kelak, antara peranti yang dinantikan adalah phablet Lumia 1520 dan juga tablet Lumia 2520. Namun, kelihatan pihak Nokia mempunyai lebih perancangan untuknya.

Mengikut apa yang dilaporkan TheVerge, Nokia dikatakan akan hadir dengan sekurang-kurangnya 6 peranti baru pada acara berkenaan, dimana mereka juga dijangka akan hadir dengan beberapa aksesori menarik untuk peranti keluaran mereka.

Nokia sebelum ini telah mengumumkan pengambil-alihan bahagian peranti dan perkhidmatan mereka oleh Microsoft. Memandangkan pengambil-alihan tersebut masih belum selesai sepenuhnya, ia kelihatan pihak Nokia tidak ingin melepaskan peluang untuk memperkenalkan peranti-peranti baru mereka.

Di Malaysia, pihak Nokia baru sahaja memulakan jualan Nokia Lumia 1020 pada hari ini, dimana ia dijual pada harga RM2499, dan didatangkan dengan sokongan kamera 41-megapixel.


TIPS & ULASAN