Cari @ Amanz

Dunia permainan video boleh dikatakan berkembang pesat setiap tahun, dan baru-baru ini, salah satu permainan yang mendapat perhatian ramai adalah permainan video popular daripada Rockstar Games, iaitu Grand Theft Auto V.

Diperdebat di parlimen, beberapa permainan video diminta untuk disekat mahupun diambil tindakan tegas, disebabkan beberapa perkara, termasuk kerana menghina Islam dan juga kerana unsur keganasan melampau.

Walaubagaimanapun, berbeza daripada apa yang dikatakan di parlimen, GTA V tidak disekat di Amerika Syarikat mahupun UK, tetapi ia dilabelkan untuk pengguna dewasa – sama seperti label yang dibawakan oleh permainan sama yang dijual di Malaysia.

Seperti biasa, ia hanya sekadar cadangan sahaja buat masa ini.

Di Malaysia, permainan tersebut telah mula dijual sejak minggu lepas, dimana ia ditawarkan untuk versi PlayStation 3 dan juga Xbox 360.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd