Selepas memperkenalkan SteamOS pada awal minggu ini, hari ini pihak Valve mengumumkan hardware yang berasaskan kepada SteamOS dan dijangka akan hadir pada tahun 2014. Steam Machines ini kelihatan akan dibangunkan oleh beberapa rakan kerjasama mereka.
Namun, untuk memastikan Steam Machines ini lengkap dan bersedia untuk para pengguna, pihak Valve mengatakan mereka akan menawarkan versi prototaip secara percuma untuk 300 orang pengguna untuk tujuan ujian.
Daripada apa yang dikongsikan oleh Valve sebelum ini, SteamOS memfokuskan kepada penggunaan di ruang tamu, iaitu melalui televisyen, dan Steam Machine ini berfungsi bukan sahaja melalui papan kekunci dan juga tetikus, tetapi para pengguna juga boleh menghubungkan gamepad padanya.
Valve dijangka akan berkongsi lebih banyak info, termasuk spesifikasi dan gambar berkenaan Steam Machines ini tidak lama lagi.