Cari @ Amanz

Video Trailer Pertama Untuk Filem Need for Speed Diterbitkan

Oleh Aman

Link Copied!

Filem berasaskan permainan adalah antara genre filem yang menarik minat ramai, dan bagi para peminat permainan Need for Speed, mungkin ramai yang menantikan filem untuknya yang dijadualkan untuk tayangan tahun hadapan.

Hari ini, video trailer pertama untuk filem tersebut telah pun diterbitkan. Need for Speed membawakan kisah seorang pelumba jalanan yang baru sahaja keluar daripada penjara, dan ingin membalas dendam terhadap mereka yang membuatkan dia masuk penjara. Dalam proses tersebut, pelbagai perlumbaan jalanan yang dilalui pelumba tersebut, dimana wataknya dimainkan oleh Aaron Paul.

Video trailer ini juga turut memperlihatkan aksi kejar-mengejar antara polis dan pelumba, yang mana merupakan salah satu perkara diminati dalam siri permainan Need for Speed.

Filem Need for Speed ini bakal ditayangkan pada bulan Mac 2014 kelak.


Komen ()