Cari @ Amanz

Nokia dengan komitmen untuk Windows Phone, sedia menyediakan beberapa aplikasi khusus untuk pemilih peranti Lumia, termasuk aplikasi memfokuskan sokongan kamera, iaitu Nokia Smart Cam dan juga Nokia Pro Cam.

Mengikut laporan terbaru, ia dikatakan kedua-dua aplikasi ini akan disatukan, dan dijenamakan semula kepada “Nokia Camera”. Walaubagaimanapun, beberapa tetapan hanya akan ditawarkan kepada peranti berkuasa tinggi sahaja, iaitu Lumia 920, 925, dan juga 1020.

Ia dikatakan aplikasi baru ini akan hadir dan diperkenalkan oleh Nokia pada pengenalan phablet mereka yang pertama, iaitu Lumia 1520 – yang dijadualkan pada bulan Oktober nanti.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd