Surface “Mini” Dijangka Akan Hadir Pada Awal Tahun Hadapan

Surface “Mini” Dijangka Akan Hadir Pada Awal Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Sep 26, 2013 oleh .

Ketika pengumuman Surface tempoh hari oleh pihak Microsoft, salah satu perkara yang dinantikan ramai adalah Surface “Mini”. Sementara tiada sebarang perkara diumumkan Microsoft berkenaan dengannya, kini mengikut spekulasi terbaru, ia dikatakan akan hadir pada tahun hadapan – 2014.

Tablet bersaiz sekitar 7.5-inci itu dikatakan akan hadir pada awal tahun hadapan, bersama-sama kemaskini Windows 8.1 yang dikenali dengan nama kod “Spring 2014 GDR”.

Surface “Mini” ini kelak dijangka akan menjalankan Windows RT, sekaligus memberikan idea yang mana ia akan menjalankan cip pemprosesan berasaskan ARM, sama seperti Surface 2 yang diumumkan baru-baru ini.

Buat masa ini, ia boleh dikatakan hanya sebagai spekulasi awal sahaja, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya dalam masa beberapa minggu lagi.


TIPS & ULASAN