Umum mengetahui mengenai banyaknya program-program untuk usahawan berasaskan ICT diadakan dalam Bahasa Inggeris. Dalam membawakan kelainan untuk program sebegini, Brand Geeks Inc akan mengadakan acara Jaringan Usahawan Nusantara Sedunia pada 9 Oktober 2013 bersempena minggu Global Entrepreneurship Summit 2013.
Tujuan acara sebegini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan komuniti usahawan berbahasa Melayu di rantau Nusantara dan juga sedunia. Ia disasarkan untuk usahawan Nusantara, khususnya daripada Malaysia, Singapura & Indonesia didalam bidang teknologi, kreatif, usahasama sosial & gaya hidup Nusantara. Juga untuk pelbagai organisasi yang terlibat dengan pembangunan usahawan.
Turut bersama dalam program sehari itu adalah perkongsian ilmu dari penceramah yang arif mengenai landskap nusantara antaranya Nadge Ariffin (Pakar Nusantara), Imran Ali (Usahawan & Pakar Pemasaran), Ashida Razali (Usahawan & Mantan Pelabur), dan Adelene Foo serta Aaron Gill. Turut hadir juga Chuo Yan Ping dan Muhammad Dain Othman dimana pasangan ini akan mempersembahkan Wayang Kulit Perperangan Bintang.
Antara topik yang akan dibincangkan pada 9 Oktober 2013 adalah:
- Sediakah Bahasa Melayu Menjadi Bahasa Niaga Nusantara Alternatif?
- Peperangan Bintang – Tradisi bertemu SCI-FI
- Trend Media Sosial Nusantara Pemangkin Keusahawanan
- Teknologi ICT untuk Pusat Membeli-belah – Mengorak langkah ke China
- Perbincangan 1:
Resipi Kejayaan Usaha Kreatif & Teknologi Satu Nusantara - Pertunjukan Fesyen Nusantara
- Sesi Sembang Niaga Singapura & Indonesia
- Usahasama Sosial melalui Teknologi dalam bidang Pengangkutan
- Pemangkinan Inovasi oleh Pengusaha Kecil – Pengalaman di Singapura
- Perbincangan 2
Kolaborasi Usahawan dan Korporat – Jurang dan Penyelesaian - Persembahan wayang kulit tradisi – Peperangan Bintang
Untuk mereka yang berminat, boleh melakukan pendaftaran awal sebelum 30 September 2013 untuk menikmati diskaun terhadap tiket masuk mereka yang turut menyertakan pakej bersama-sama T-Shirt Perperangan Bintang yang dilihat unik.
- Info
- Untuk mereka yang berminat, boleh mendaftar program ini di: Jaringan Usahawan Nusantara Sedunia.
Advertorial oleh Brand Geeks Inc.