Sokongan BBM Pada Desktop Diperlihatkan Pada BlackBerry Jam Asia

Sokongan BBM Pada Desktop Diperlihatkan Pada BlackBerry Jam Asia

Diterbitkan pada Sep 26, 2013 oleh .

Selain daripada BBM untuk Android dan iOS yang ditangguhkan sementara, ia kelihatan pihak BlackBerry juga turut membangunkannya untuk beberapa platform lain. Pada BlackBerry Jam Asia yang diadakan hari ini, mereka memperlihatkan sokongan BBM pada desktop.

BBM Windows

Daripada apa yang dikongsikan, BlackBerry Messenger untuk desktop ini berfungsi seperti mana apabila BBM pada PlayBook dijalankan, iaitu dihubungkan daripada telefon pintar BBM pengguna. Ia dikatakan versi ini dihubungkan melalui USB dan juga WiFi, memudahkan pengguna untuk memindahkan gambar dan sesuatu fail dengan pantas.

Tiada sebarang perancangan berkenaan bilakah ia akan dilancarkan kepada umum. Selain versi Windows, ia dikatakan versi Mac juga dalam pembangunan.


TIPS & ULASAN