Cari @ Amanz

Groupon Malaysia hari ini dilihat menambah telefon pintar Apple terbaru dibawah penawaran mereka, iaitu iPhone 5C. Melalui apa yang ditawarkan oleh Groupon, telefon pintar dengan ruangan storan 16GB ditawarkan pada harga RM2199 untuk pengguna tempatan.

Groupon iPhone 5C

Seperti semua sedia maklum, ia bukanlah harga akhir yang ditetapkan oleh Apple buat masa ini.

iPhone 5C membawakan sokongan spesifikasi lebih kurang menyerupai iPhone 5 sebelum ini, dan ditawarkan dalam pilihan warna kuning, hijau, biru, merah jambu dan juga silver.

Melalui Groupon Malaysia, pengguna turut boleh membuat pilihan untuk pembayaran ansuran pada kadar RM43 seminggu bagi mendapatkan iPhone 5C ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd