Cari @ Amanz

Wired In sebelum ini telah hadir dengan beberapa aplikasi, termasuk salah satu permainan dinamakan Telaga Buruk. Hari ini, mereka terus menambah portfolio aplikasi mereka, dengan melancarkan aplikasi Doa Harian+ untuk para pengguna iOS.

Doa Harian+

Melalui aplikasi Doa Harian+ ini, ia menghimpunkan doa-doa terpilih, dan dipaparkan bersama-sama maksud dan juga cara bacaan sesuatu doa itu. Buat masa ini, sebanyak lebih kurang 30 doa tersenarai pada aplikasi berkenaan.

Bagi para pengguna iOS yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Doa Harian+ ini secara percuma daripada Apple AppStore. Tiada perancangan untuk versi Android buat masa ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd