Bermula awal pagi tadi, ia kelihatan ramai pengguna telefon pintar HTC One X di Malaysia telah pun mula menerima kemaskini Android 4.2.2 kepada peranti mereka, sekaligus membawakan sokongan HTC Sense 5 bersama-sama dengannya.
Melalui kemaskini Android 4.2.2, ia menyertakan sokongan HTC BlinkFeed, widget pada lockscreen, penambah-baikkan sokongan kamera, dan juga video highlights. Kemaskini ini dilihat sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna.
Fail kemaskini untuk HTC One X ini bersaiz sekitar 390MB, dan mungkin pengguna boleh menghubungkan peranti ke WiFi sebelum memulakan proses memuat-turun. Pastikan anda membuat salinan pendua sebelum memulakan proses mengemaskini.