Cari @ Amanz

Hashtag kini telah menjadi salah satu elemen utama yang diintegrasikan pada pelbagai laman sosial. Kini, dengan lebih ramai menggunaakn fungsi hashtag, pihak Google dilihat turut sama mula mengintegrasikan sokongan carian yang diperkaya untuk carian berbentuk hashtag.

Melalui fungsi yang diperkenalkan secara berperingkat pada Google.com, ia memperlihatkan beberapa kemaskini daripada Google+ pada bahagian tepi apabila pengguna melakukan carian berasaskan hashtag.

Pada bahagian tepi halaman keputusan carian, Google akan memperlihatkan kemaskini yang dilabelkan sebagai awam, ataupun sesuatu kemaskini yang turut dikongsikan bersama anda (melalui Google+).

Buat masa ini, ia boleh dikatakan masih pada peringkat awal lagi, dan sama-sama kita nantikan ia diperluaskan ke Google.com.my.

Google : Carian Hashtag

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd