Tiada Lagi Peranti BlackBerry OS 7 Selepas 9720

Tiada Lagi Peranti BlackBerry OS 7 Selepas 9720

Diterbitkan pada Sep 26, 2013 oleh .

Selain memperkenalkan beberapa peranti BlackBerry 10 pada tahun ini, pihak BlackBerry juga turut hadir dengan peranti berasaskan platform lama mereka, BlackBerry OS 7, iaitu BlackBerry 9720.

BlackBerry 9720

Kini, melalui BlackBerry Jam Asia yang diadakan pada hari ini, ia diketahui yang mana peranti BlackBerry 9720 merupakan peranti terakhir yang menggunakan platform tersebut.

Walaubagaimanapun, ia dikatakan pembangun masih boleh membangunkan aplikasi untuknya dan menerbitkan ia di BlackBerry World. Namun, dengan lebih ramai pengguna BlackBerry yang kini mula menggunakan BlackBerry 10, mungkin kita akan melihat aplikasi baru hanya hadir untuk BB10 sahaja.

Buat masa ini, BlackBerry 9720 masih belum dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia.


TIPS & ULASAN