Cari @ Amanz

Apple hari ini dilihat menaikkan harga Mac Mini di Apple Store Malaysia, dimana kini ia dijual pada harga bermula RM1999 untuk versi asas. Tiada sebarang sebab dikeluarkan, dan mengikut spekulasi, ia mungkin berkait secara tidak langsung dengan harga mata wang.

Apple Mac Mini Mahal

Antara negara lain yang turut menerima perubahan harga adalah termasuk Australia, Portugal dan juga Brazil. Selain daripada Mac Mini, tiada sebarang peranti lain yang dilihat mengalami perubahan harga.

Jadi, apa kata anda berkenaan peningkatan harga ini? Adakah produk-produk Apple yang lain akan turut menerima kesan sama tidak lama lagi?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd