TouchSmart 14 | RM1899 |
TouchSmart 14 (Touch) | RMR2199 |
TouchSmart 11 (A4) | RM1299 |
TouchSmart 11 (A6) | RM1499 |
TouchSmart 20 AIO | RM1899 |
Envy 110 Desktop | RM899 |
HP Malaysia hari ini memperkenalkan beberapa komputer riba baru untuk pasaran tempatan, yang mana dilengkapi dengan cip pemprosesan AMD, sekaligus membawakan harga yang lebih mampu berbanding beberapa komputer riba lain di pasaran.
Antara komputer baru yang diumumkan hari ini adalah termasuk HP Pavilion TouchSmart 14, HP Pavilion TouchSmart 11, HP Pavilion TouchSmart 20 dan juga HP Envy 110 Desktop PC.
Selain daripada menawarkan kuasa pemprosesan yang baik, dengan penggunaan cip pemprosesan AMD ini, ia dikatakan membawakan sokongan grafik yang amat bagus pada harganya.
TouchSmart 14 dan juga TouchSmart 11 merupakan siri komputer riba yang mana hadir dengan sokongan skrin-sentuh dan menjalankan Windows 8. Sementara TouchSmart 11 sesuai untuk pelbagai tugasan kasual dan untuk kegunaan pejabat, TouchSmart 14 pula dilengkapi dengan kuasa pemprosesan grafik yang baik – hasil penggunaan siri pemprosesan-A daripada AMD.
HP Pavilion 20 TouchSmart AIO adalah komputer desktop semua-dalam-satu dan turut dilengkapi dengan sokongan skrin sentuh.
HP Envy 110 Desktop PC pula mensasarkan pengguna kasual dan bajet, dimana membolehkan pengguna membuat beberapa aktiviti perkomputeran asas menggunakannya.
Kesemuanya boleh didapati daripada pengedar rasmi HP bermula hari ini, kecuali HP Pavilon TouchSmart 14 Sleekbook yang akan ditawarkan bermula bulan Oktober kelak.