Apple Memperkenalkan Kemaskini iOS 7.0.2 Untuk Pengguna iPhone dan iPad

Apple Memperkenalkan Kemaskini iOS 7.0.2 Untuk Pengguna iPhone dan iPad

Diterbitkan pada Sep 27, 2013 oleh .

Sejak pengenalan iOS 7 tempoh hari, beberapa pepijat telah dikenal-pasti, terutamanya kebolehan untuk mengakses peranti seseorang walaupun telah dikunci dengan kata laluan. Kini, melalui kemaskini iOS 7.0.2, pihak Apple mengatasi masalah tersebut.

Sebelum ini, ramai pengguna melaporkan yang mana seseorang boleh mengatasi kata laluan yang ditetapkan, sekaligus mengakses beberapa kandungan didalam telefon pintar, terutamanya gambar.

Apple sebelum ini telah mengatakan yang mana mereka sedang membangunkan kemaskini untuknya, dan hari ini, semua pengguna peranti iOS boleh memuat-turun, sekaligus memastikan semua kandungan dalam telefon dan tablet anda selamat.

Untuk mengemaskini, anda hanya perlu ke halaman Settings > General > Software Update. Saiz fail yang dimuat-turun adalah sekitar 17MB.


TIPS & ULASAN