VLC merupakan salah satu pemain media pelbagai platform yang digunakan ramai pengguna seluruh dunia. Terbaru, mereka telah pun melancarkan versi pemain media terbaru mereka, iaitu VLC 2.1 yang turut dikenali dengan nama kod “Rincewind”.
Seperti biasa, ia memfokuskan kepada sokongan audio dan juga video yang lebih baik. VideoLan mengatakan kini ia menyertakan sokongan audio yang lebih efiysen termasuk untuk kawalan volume, menyokong samplerate yang lebih tinggi, termasuk pelbagai jenis format metadata.
Dari segi video pula, ia kini menyertakan sokongan awal untuk 4K, membolehkan pengguna menikmati video berkualiti Ultra-HD melaluinya.
Beberapa codec turut dikemaskini, menjadikan ia sebagai salah satu pemain media yang menawarkan pengalaman multimedia yang baik.
Bagi pengguna yang berminat, anda boleh memuat-turun VLC 2.1 untuk komputer anda hari ini, dan menggunakannya dalam menikmati fail media anda.
- Muat-Turun VLC 2.1