Carian
Google Menambah Baik Sokongan Carian – Memperkenalkan Algoritma Baru
September 27, 2013 Aman

Enjin carian Google merupakan salah satu destinasi utama pengguna internet seluruh dunia pada hari ini. Dalam menawarkan pengalaman carian yang lebih baik, hari ini pihak Google berkongsi akan penaik-tarafan kepada teknologi baru mereka, dinamakan sebagai “Hummingbird”.

Penggunaan algoritma HummingbirdMelaluinya, ia memfokuskan kepada penawaran maklumat dan jawapan kepada pelbagai soalan yang dicari pengguna. Perkara ini kelihatan seperti dijayakan dengan penggunaan Knowledge Graph oleh Google yang memberikan maklumat dan informasi berkenaan sesuatu perkara tanpa perlu membuka pautan web dan sebagainya.

Google Search

Knowledge Graph sendiri dilihat dinaik taraf oleh Google, dimana kini pengguna boleh membuat perbandingan dan terus mendapatkan jawapan pada halaman keputusan carian.

Pihak Google juga turut sama dilihat menawarkan antaramuka berasaskan “Cards” pada aplikasi mudah-alih mereka untuk Android dan iOS, sekaligus memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik berbanding sebelum-sebelum ini.

Google Now

Untuk pengguna iOS, aplikasi turut sama dikemaskini, dan kini pengguna turut sama boleh sync akan beberapa data Google Now, seperti contoh “Reminder” antara peranti mereka dengan mudah.

Apa pun, seperti biasa, Google mengatakan ia hanya permulaan, dan mungkin lebih banyak perkara baru akan dibawakan mereka dari masa ke semasa.

Komen