Microsoft Dikatakan Akan Mengabungkan Kedai Aplikasi Windows Phone Dan Windows 8

Microsoft Dikatakan Akan Mengabungkan Kedai Aplikasi Windows Phone Dan Windows 8

Diterbitkan pada Sep 27, 2013 oleh .

Pada hari ini, Microsoft mempunyai dua kedai aplikasi, iaitu satu khusus untuk telefon pintar – Windows Phone Store, dan satu lagi untuk tablet dan komputer – Windows Store.

Namun, ia dikatakan Microsoft ingin mengabungkan kedua-duanya, sekaligus memudahkan pengguna dan pihak Microsoft sendiri dengan hanya menggunakan satu kedai aplikasi sahaja.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berkenaan bagaimanakah kedai aplikasi baru ini akan berfungsi, ataupun adakah aplikasi Windows Phone boleh dijalankan pada tablet dan komputer Windows.

Spekulasi awal juga mengatakan yang mana berkemungkinan pihak Microsoft menggunakan sokongan seumpama beberapa kedai aplikasi lain, dimana aplikasi yang dibangunkan spesifik untuk tablet tidak boleh dipasang pada telefon pintar, dan juga sebaliknya.

Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut berkenaan dengan penyatuan ini pada masa akan datang.


TIPS & ULASAN