Facebook Kini Membolehkan Anda Menyunting Status Selepas Diterbitkan

Facebook Kini Membolehkan Anda Menyunting Status Selepas Diterbitkan

Diterbitkan pada Sep 27, 2013 oleh .

Jikalau sebelum ini pihak Facebook telah memperkenalkan sokongan untuk menyunting komen selepas ia diterbitkan, kini ia diperluaskan kepada penulisan status, membolehkan pengguna menyunting dan menerbitkannya dengan mudah.

Sokongan ini diperkenalkan secara berperingkat kepada para pengguna yang menggunakan aplikasi Facebook pada Android dan juga web.

Facebook Edit Status

Sebelum ini, sekiranya tersilap terbit status ataupun terdapat kesalahan ejaan, pengguna terpaksa memadam ia jika ingin membetulkannya – dan membuatkan pengguna terpaksa hilang komen-komen yang telah diterbitkan. Melalui kemaskini ini, ia memudahkan pengguna membuat penyuntingan, tanpa perlu kehilangan apa-apa komen dan juga Like.

Sokongan ini bakal diperluaskan secara berperingkat dan akan diperkenalkan untuk pengguna iOS tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN