Cari @ Amanz

Selain daripada pengenalan Idol X baru-baru ini, pihak Alcatel kelihatan terus menambah peranti baru yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia, dan paling terkini adalah Alcatel One Touch Idol Mini.

Untuk makluman, Idol Mini diperkenalkan secara rasmi oleh Alcatel pada awal September ini, dan ia akan dijual di Malaysia bermula minggu hadapan.

Alcatel One Touch Idol Mini

Idol Mini mengekalkan rekabentuk seumpama Idol X, membawakan skrin bersaiz 4.3-inci dengan paparan resolusi 854×480 pixel, memori sebanyak 512MB RAM, ruangan storan 8GB, kamera belakang 5-megapixel serta dilengkapi cip pemprosesan dwi-teras 1.3GHz.

Peranti ini turut dilengkapi dengan sistem operasi Android 4.2, dan menyertakan antaramuka khas daripada pihak Alcatel untuknya.

Alcatel One Touch Idol Mini ini boleh didapati pada harga RM499 bermula minggu hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd