Nokia Dikatakan Akan Hadir Dengan Telefon Memfokuskan Muzik

Nokia Dikatakan Akan Hadir Dengan Telefon Memfokuskan Muzik

Diterbitkan pada Sep 27, 2013 oleh .

Sebelum ini, selain memfokuskan kamera, pihak Nokia turut sama pernah hadir dengan beberapa peranti memfokuskan kepada sokongan muzik. Kini, mengikut sebuah tweet daripada @evleaks, ia kelihatan Nokia akan hadir dengan sebuah telefon yang dipanggil dengan nama Nokia Glee yang memfokuskan kepada muzik.

Seperti biasa, ia dijangka akan dijana menggunakan sistem operasi Windows Phone, dan memfokuskan kepada spesifikasi asas.

Buat masa ini, tiada sebarang gambar peranti yang diperlihatkan.

Nokia pada bulan Oktober ini dijangka akan memperkenalkan sehingga enam peranti baru, termasuk antaranya adalah phablet dan juga tablet berasaskan Windows. Mungkinkah Nokia Glee ini turut sama diperkenalkan pada tarikh berkenaan?


TIPS & ULASAN