Cari @ Amanz

Pihak Asus Malaysia, kini dilihat telah pun mula menawarkan peranti gabungan tablet dan juga telefon pintar mereka, iaitu Padfone Infinity untuk pasaran tempatan, dan boleh didapati pada harga RM2699.

Di Malaysia, set Asus Padfone Infinity yang dijual adalah yang menggunakan Snapdragon 600, dan bukannya set yang diperkenalkan baru-baru ini oleh Asus.

Asus Padfone Infinity ini dilengkapi dengan sokongan LTE, cip pemprosesan empat-teras 1.7GHz Snapdragon 600, memori sebanyak 2GB RAM, kamera 13-megapixel pada bahagian belakang dan dilengkapi skrin bersaiz 5-inci bersama-sama bateri berkapasiti 2400mAh. Pada bahagian tablet pula, ia menyertakan skrin bersaiz 10-inci dengan bateri tambahan berkapasiti 5000mAh.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Asus Padfone Infinity dengan cip pemprosesan Snapdragon 800 akan memasuki pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd