Cari @ Amanz

Beats Electronics - HTCLanjutan daripada desas-desus sebelum ini, hari ini pihak HTC mengumumkan secara rasmi yang mana pihak Beats Electronics akan membeli kembali baki pegangan pihak HTC pada syarikat Beats.

Sebelum ini, pihak HTC telah membeli pegangan pada Beats Electronics sebanyak 50.1%, sebelum menjual kembali separuh daripadanya selepas setahun. Kini, selepas dua tahun, Beats Electronics dilihat terus mengukuhkan kedudukan mereka, dan hari ini membeli kembali sebanyak 25% pada harga $265 juta.

Ia dikatakan kerjasama antara kedua-dua pihak ini akan diteruskan, walaupun setelah menjual pegangan syarikat tersebut.

Teknologi audio Beats sedia diintegrasikan pada beberapa peranti, dimana selain HTC, antara syarikat lain yang turut menggunakannya adalah HP pada komputer riba mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd