Cari @ Amanz

Samsung Malaysia telah sedia menjual Galaxy Tab 3 untuk pasaran tempatan, dan kini pihak Intel Malaysia menjadualkan sebuah acara khas untuk memperkenalkan dan melancarkan variasi tablet tersebut yang dijana menggunakan cip Intel.

Galaxy Tab 3 10.1

Samsung Galaxy Tab 3 ini dilengkapi dengan cip Intel Atom Z2560, serta membawakan sokongan LTE bersama-sama dengannya.

Ketika pengenalan keluarga Galaxy Tab 3 tempoh hari, pihak Samsung sedia mengatakan variasi 10.1-inci akan hadir pada penghujung September, dan mungkin harga untuknya akan diumumkan pada acara pelancaran yang dijadualkan pada hari Rabu – 2 Oktober.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd