LG Memperlihatkan Bagaimanakah Penstabilan Imej Optikal Berfungsi – Menggunakan Ayam

LG Memperlihatkan Bagaimanakah Penstabilan Imej Optikal Berfungsi – Menggunakan Ayam

Diterbitkan pada Sep 28, 2013 oleh .

Dengan ramai pengeluar bersaing dalam arena kamera pada telefon, salah satu perkara yang turut menjadi fokus adalah penstabilan imej optikal (OIS). Dalam memberikan bagaimanakah ia berfungsi, pihak LG hadir dengan sebuah video khas menggunakan ayam sebagai subjek utama.

Daripada apa yang dipertontonkan, ia menunjukkan ayam mempunyai bahagian kepala yang agak stabil walaupun ketika bergerak, sekaligus menjadikan ia terpilih sebagai contoh yang terdekat untuk fungsi OIS.

Seperti semua sedia maklum, telefon pintar terbaru daripada LG, iaitu LG G2 yang menyertakan sensor 13-megapixel turut sama menyertakan sokongan OIS bersama-sama dengannya. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berkenaan bilakah telefon pintar ini akan memasuki pasaran tempatan, dan semestinya dengan video seumpama ini, lebih ramai yang ingin bermain dengan sokongan penstabilan imej optikal pada telefon pintar mereka.


TIPS & ULASAN