(Video) Ucapan Selamat Tinggal Steve Ballmer Pada Mesyuarat Di Microsoft

(Video) Ucapan Selamat Tinggal Steve Ballmer Pada Mesyuarat Di Microsoft

Diterbitkan pada Sep 28, 2013 oleh .

Beberapa minggu yang lepas, pihak Microsoft sedia mengatakan yang mana CEO sedia ada mereka, iaitu Steve Ballmer akan meninggalkan jawatan CEO dalam masa kurang 12 bulan. Kini, sebuah video dikongsikan oleh TheVerge, yang mana merupakan ucapan akhir Steve Ballmer pada mesyuarat dalaman yang diadakan beberapa hari lepas.

Seperti semua sedia maklum, Steve Ballmer bersama-sama dengan Microsoft sejak awal lagi, dan semestinya meninggalkan syarikat yang disukai beliau itu adalah salah satu perkara yang sukar.

Daripada ucapan beliau, Microsoft dikatakan akan hadir dengan beberapa perkara menarik, dan dalam laluan betul ke arah kejayaan.

Buat masa ini, pencarian CEO baru masih lagi dalam proses, dan beberapa nama telah pun hangat diperkatakan. Ballmer akan kekal sebagai CEO Microsoft sehingga pengumuman CEO baru, yang mana dijangka akan dilakukan dalam masa kurang setahun lagi.


TIPS & ULASAN