Cari @ Amanz

Ketika pengumuman Cyangogen Inc tempoh hari, salah satu perkara yang dikongsikan adalah berkenaan dengan memudahkan pengguna untuk memasangnya pada peranti masing-masing. Kini, untuk mengujinya, pihak CM kelihatan mencari beberapa pengguna untuk mencuba versi beta.

Cyanogen

Melalui bentuk pemasangan baru ini, ia dilihat yang mana pihak pembangun CyanogenMod ingin memudahkan semua pengguna, walaupun yang tidak mempunyai pengetahuan teknikal untuk memasangnya pada peranti masing-masing.

Untuk versi ujian beta ini, bilangan peranti yang disokong masih terhad, dan dijangka akan bertambah dari hari ke hari kelak.

Dan pihak Cyaongen juga meminta mereka yang ingin menyertainya untuk merakamkan proses pemasangan, serta memberikan maklumbalas berkenaan CM Installer ini.

Bagi mereka yang berminat, boleh merujuk ke perkongsian Koushik pada halaman Google+, dan mendaftarkan minat anda melaluinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd