Cari @ Amanz

Dengan Ubuntu 13.10 yang akan hadir dalam masa kurang sebulan lagi, kini pembangun Ubuntu telah pun memulakan perancangan untuk sistem operasi versi seterusnya daripada mereka, iaitu Ubuntu 14.04.

Mengikut latar masa pembangunan yang dikongsikan oleh pihak Canonical, ia kelihatan pembangunan Ubuntu 14.04 akan bermula pada penghujung tahun ini, sebelum versi akhir untuk Ubuntu 14.04 hadir pada 17 April 2014.

Ubuntu 13.10 yang akan dilancarkan pada bulan hadapan kelak akan menjadi titik tolak untuk Ubuntu Touch yang dioptimasikan untuk telefon pintar dan juga tablet. Maka, kita boleh menjangkakan beberapa fungsi menarik untuk peranti mudah-alih hadir dalam versi Ubuntu 14.04 LTS kelak.

Mark Shuttleworth dijangka akan mengumumkan nama kod untuk Ubuntu 14.04 tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd