Cari @ Amanz

Perkongsian melalui Torrent bukanlah sesuatu yang baru, dimana pelbagai syarikat menggunakannya dalam perkongsian fail media mereka. Namun, untuk melihatnya, pengguna terlebih dahulu perlu mempunyai perisian yang menyokongnya untuk memuat-turun dan sebagainya.

Memudahkan proses ini, salah satu perkhidmatan berasaskan awan yang terbaru adalah Streamza. Streamza dioptimasikan untuk pengguna PC, televisyen dan juga peranti berasaskan iOS, memudahkan mereka membuat carian dan juga memainkan fail media terus melaluinya.

Streamza

Streamza

Streamza membawakan antaramuka yang amat kemas, dimana sebaik sahaja pengguna memilih sesuatu fail torrent, ia akan memainkannya terus, disamping menyediakan beberapa sokongan tambahan seperti sokongan sarikata dan sebagainya.

Pengguna juga turut boleh menambah torrent pada perkhidmatan tersebut dengan menambah URL ke fail torrent pada bahagian yang disediakan.

Streamza

Streamza, selain menyediakan perkhidmatan berbayar, ia turut menawarkan akaun percuma yang mana menyediakan satu slot muat-turun dengan saiz fail sehingga 1GB.

Bagi mereka yang berminat, mungkin boleh mencuba perkhidmatan Streamza hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd