Adakah Apple Maps Versi Web Akan Diperkenalkan Tidak Lama Lagi?

Adakah Apple Maps Versi Web Akan Diperkenalkan Tidak Lama Lagi?

Diterbitkan pada Sep 30, 2013 oleh .

Apple Maps telah diperkenalkan oleh pengeluar telefon terkemuka, iPhone pada tahun lepas bersama-sama dengan iOS 6. Dan sejak daripada itu, beberapa pembangunan telah dilakukan untuknya, serta dijangka akan hadir ke OS X Mavericks tidak lama lagi.

Apple Maps - OSX

Walaubagaimanapun, Apple Maps versi web masih tidak tersedia buat masa ini, dan boleh dikatakan perkhidmatan tersebut khusus untuk pengguna produk Apple sahaja.

Namun, mungkin perkara tersebut akan berubah tidak lama lagi. Mengikut tawaran kerja yang diterbitkan pada halaman Apple, kini mereka sedang mencari pembangun dan perekabentuk web untuk sebuah “projek rahsia” yang berkaitan dengan Apple Maps.

Buat masa ini, apakah yang akan diperkenalkan masih tidak diketahui lagi. Adakah mungkin Apple hadir dengan Maps versi web mereka, sekaligus menawarkan perkhidmatan pemetaan mereka kepada lebih ramai pengguna seluruh dunia?


TIPS & ULASAN