Acer Iconia W4 Tertiris – Diperlihatkan Dalam Video

Acer Iconia W4 Tertiris – Diperlihatkan Dalam Video

Diterbitkan pada Sep 30, 2013 oleh .

Sebelum ini, pihak Acer sedia menjadi terawal dalam memperkenalkan tablet Windows 8 bersaiz sekitar 8-inci. Kini, sebuah lagi peranti kelihatan tertiris ke arena web, dilihat sebagai kemaskini kepada Acer Iconia W3 sedia ada, dan dijangka akan dikenali dengan nama Acer Iconia W4.

Mengikut apa yang dikongsikan, melalui Iconia W4, bahagian skrin dinaik-taraf kepada penggunaan skrin IPS, disamping mana ia menggunakan cip pemprosesan yang lebih baik, sekaligus menawarkan masa penggunaan bateri yang lebih lama.

Acer Iconia W4 ini dilihat menjalankan Windows 8.1, dan dikatakan akan dilengkapi dengan memori 2GB RAM, serta kamera belakang 5-megapixel dan kamera hadapan 2-megapixel. Tablet ini juga dijangka akan disertakan bersama-sama Office 2013 Home & Student.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah tablet ini akan dilancarkan. Berkemungkinan pihak Acer akan melancarkannya secara rasmi ketika pengumuman Windows 8.1 kelak.


TIPS & ULASAN