Google Bakal Mula Memaparkan Iklan Pada Aplikasi GMail Untuk Android

Google Bakal Mula Memaparkan Iklan Pada Aplikasi GMail Untuk Android

Diterbitkan pada Sep 30, 2013 oleh .

Mungkin bukan sesuatu yang mengejutkan, apatah lagi dengan pengiklanan adalah sumber pendapatan utama untuk Google. Mengikut apa yang ditemui oleh pihak AndroidPolice pada APK GMail 4.6, ia didapati pihak Google telah mula menyertakan kod iklan padanya.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, ia masih lagi tidak diaktifkan, dan mungkin pihak Google dalam persediaan awal sebelum memperlihatkan iklan berkenaan kepada semua.

Daripada kod yang ditemui juga, ia dilihat yang mana pengguna boleh menyimpan iklan sebagai sebuah mesej inbox, dan merujuk kepadanya pada kemudian hari. Cara implementasinya mungkin seumpama pada web, dimana ia hadir dan dilabelkan dengan baik, tanpa menganggu pengalaman penggunaan aplikasi tersebut.

Ia tidak diketahui bilakah pengiklanan akan diperkenalkan pada klien emel mereka itu. Dengan penemuan kod berkaitan iklan ini, mungkin ia tidak mengambil masa yang lama sebelum pihak Google memperkenalkannya kepada pengguna peranti mudah-alih mereka.


TIPS & ULASAN