Weave News Reader – Memudahkan Pembacaan Berita Pada Windows 8

Weave News Reader – Memudahkan Pembacaan Berita Pada Windows 8

Diterbitkan pada Sep 30, 2013 oleh .

Weave News Reader merupakan salah satu aplikasi popular untuk tujuan pembacaan berita dan juga langganan RSS pada Windows Phone. Selain hanya memfokuskan kepada telefon pintar, kini pembangunnya turut sama hadir dengan aplikasi mereka untuk pengguna Windows 8 dan Windows RT.

Weave News Reader

Melalui aplikasi ini, Weave News Reader menyediakan beberapa pilihan kategori, seperti teknologi, gaming dan sebagainya, memudahkan anda memilih dan mengikuti perkembangan mengenai beberapa topik pilihan anda.

Selain itu, pengguna juga turut sama boleh menambah alamat RSS yang diminati mereka dan mengikuti perkembangan semasa daripada laman tersebut melaluinya.

Weave News Reader

Weave News Reader

Weave News Reader membawakan rekabentuk yang kemas dan mesra skrin sentuh mahupun desktop. Daripada penggunaan kami, salah satu perkara yang agak kurang digemari adalah bahagian hadapan dengan paparan gambar yang amat besar. Namun, pada bahagian kategori ia agak mudah untuk melihat pelbagai perkembangan, disamping cara bacaan artikel yang amat menarik melaluinya.

Muat-Turun Weave News Reader dari Windows Store


TIPS & ULASAN