BlackBerry 9720 Dengan BBOS7 Mula Dijual Di Malaysia – Berharga RM699

BlackBerry 9720 Dengan BBOS7 Mula Dijual Di Malaysia – Berharga RM699

Diterbitkan pada Sep 30, 2013 oleh .

Sementara BlackBerry Z30 akan memulakan jualan pada minggu hadapan, pihak BlackBerry Malaysia tidak melupakan peranti berasaskan BlackBerry OS 7 mereka yang terkini, dan turut telah mula menawarkannya untuk pasaran tempatan.

BlackBerry 9720

Di Malaysia, BlackBerry 9720 ini dijual pada harga RM699, dan kelihatan tiada sebarang syarikat telekomunikasi yang menawarkannya bersama-sama pakej mereka. Memandangkan ia berasaskan kepada BlackBerry OS 7, maka pengguna mungkin diperlukan untuk melanggan pakej BIS sebelum dapat menggunakannya.

Dari segi spesifikasi, BlackBerry 9720 membawakan skrin 2.8-inci dengan sokongan sentuhan, serta dilengkapi kamera belakang 5-megapixel. Beberapa aplikasi utama telah pun sedia tersedia untuk BBOS7, termasuk antaranya Facebook, Twitter, WhatsApp dan beberapa yang lain.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh mendapatkannya daripada para pengedar BlackBerry di Malaysia pada harga RM699.


TIPS & ULASAN