WordPress 3.7 Beta Sedia Diuji – Versi Akhir Disasarkan Pada Bulan Oktober

WordPress 3.7 Beta Sedia Diuji – Versi Akhir Disasarkan Pada Bulan Oktober

Diterbitkan pada Sep 30, 2013 oleh .

Pada Wordcamp tempoh hari, pihak pembangun WordPress sedia berkongsi akan mengenai jadual pembangunan mereka yang diperlajukan, dimana WordPress 3.7 akan hadir pada bulan Oktober, diikuti dengan WordPress 3.8 pada bulan Disember kelak.

Kini, lanjutan daripadanya, versi beta pertama untuk WordPress 3.7 sedia diuji para penguna, menyertakan beberapa pembaharuan bersama-sama dengannya.

Salah satu perkara utama yang menjadi fokus adalah kemaskini automatik. Melaluinya, pemasangan WordPress pengguna akan dinaik-taraf dengan kemaskini sekuriti secara automatik, sekaligus membuatkan pemasangan para pengguna lebih selamat – terutamanya bagi mereka yang jarang mengakses dashboard.

Disamping itu, WordPress 3.7 Beta ini juga turut sama menyertakan kemaskini berkaitan bagaimanakah hasil carian dipaparkan, dimana kini ia tidak lagi mengikut tarikh, tetapi sebaliknya mengikut kata kunci yang digunakan.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun dan menguji versi beta WordPress 3.7 hari ini sementara menantikan versi stabil akhirnya dilancarkan pada bulan Oktober kelak.


TIPS & ULASAN