Cari @ Amanz

Sony sebelum ini telah pun memperkenalkan telefon pintar “Honami” mereka, yang dinamakan sebagai Xperia Z1. Lanjutan daripada itu, beberapa desas-desus telah hadir mengatakan versi mini peranti tersebut akan hadir, dan kini sebuah gambar hadir memperlihatkannya sebagai Xperia Z1 f.

Xperia Z1 f

Ia dikatakan akan memfokuskan kepada pasaran Jepun, dan masih tidak diketahui akan hadir ke pasaran global ataupun tidak.

Berbeza dengan pelbagai pengeluar yang hadir dengan versi “mini” peranti mereka, Xperia Z1 f ini dilihat hanya mengubah saiz skrin kepada 4.3-inci sahaja, tetapi mengekalkan spesifikasi yang lain.

Ini membuatkan peranti bersaiz sedikit kecil berbanding Xperia Z1 yang bersaiz 5-inci itu turut menyertakan cip pemprosesan Snapdragon 800 dan juga kamera 20.7-megapixel dengan lensa-G.

Sony masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan dengannya buat masa ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd