Microsoft Malaysia sedia menawarkan komputer tablet mereka kepada pengguna umum sejak lima bulan yang lepas, dan kini nampaknya mereka memperluaskan penawaran Surface dengan lebih meluas, termasuk pengguna komersial.
Dengan penawaran kepada pengguna perusahaan dan juga komersial, ia memberikan beberapa perkhidmatan ambahan, termasuk kebolehan untuk tag aset, perlindungan data, custom imaging, knitting, sokongan tambahan dan sebagainya.
Pengguna komersial di Malaysia boleh mendapatkan ia daripada para pengedar tempatan bermula 1 Oktober, dan untuk menjayakannya, pihak Microsoft Malaysia turut sama menambah beberapa rakan kerjasama dan pengedar baru, khusus untuk pengguna perusahaan dan komersial.
Untuk menjayakan perkara ini, pihak Microsoft Malaysia telah memilih sebanyak enam pengedar tempatan, iaitu Alphamatic Systems Sdn Bhd, CTC Global Sdn Bhd, Felda Prodata Systems Sdn Bhd, Jardine OneSolution Sdn Bhd, Night Electronics Sdn Bhd dan juga Sistem RKK Sdn Bhd.
Bagi pengguna perusahaan dan juga komersial, mereka boleh menghubungi para pengedar tempatan ini bermula hari ini, dan mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengannya dalam menggunakannya dalam perniagaan masing-masing.