Cari @ Amanz

Pada minggu lepas, pihak BlackBerry telah pun menarik kembali aplikasi BBM untuk iOS mereka, disamping turut mengumumkan penangguhan untuk pengenalan aplikasi BBM untuk Android dan iOS.

Namun, sehingga kini, mereka masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan bilakah aplikasi berkenaan akan dilancarkan semula.

Melalui akaun Twitter rasmi, pihak BlackBerry sekadar mengatakan yang mana syarikat mereka komited 100% untuk memperkenalkan aplikasi Android dan iOS untuk BBM, tanpa memberikan sebarang tarikh rasmi untuknya.

Sebelum ini, pihak BlackBerry menjanjikan untuk pengenalan pada 22 September, tetapi ditangguhkan, dan dikatakan adalah disebabkan oleh aplikasi Android yang tertiris ke web dan tidak dioptimasikan sepenuhnya.

Kini, dengan seminggu berlalu, pihak BlackBerry masih tidak mengeluarkannya, sekaligus membuatkan ramai tertanya-tanya sama ada ia berkait dengan aplikasi Android yang tertiris, ataupun mereka mempunyai sebab lain yang tidak dinyatakan.

Apa pun, sama-sama kita nantikan bilakah pihak BlackBerry akan memperkenalkannya kepada umum.

BBM - Akan Datang

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd