Cari @ Amanz

Beberapa hari yang lepas, kita telah sedia maklum berkenaan sebuah lagi telefon pintar berasaskan Windows Phone daripada Nokia, yang menggunakan nama kod “Glee”. Hari ini, ia dikongsikan pihak @evleaks, mengatakan ia akan hadir sebagai Nokia Lumia 525 kelak.

Pada bulan ini, Nokia dijangka akan memperkenalkan sehingga enam peranti baru, dimana selain daripada tablet dan phablet mereka, Lumia 525 ini mungkin menjadi salah satu daripadanya.

Lumia 525, dari penggunaan angka dilihat sebagai peranti dengan spesifikasi asas daripada Nokia. Menurut beberapa desas-desus sebelum ini, Lumia 525 ini dikatakan akan memfokuskan kepada sokongan muzik dan audio.

Jadi, sekiranya benar, mungkinkah ia akan meneruskan kejayaan Lumia 520 dan menjadi antara peranti Windows Phone yang popular diseluruh dunia?

Evleaks - Lumia 525

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd