Sebelum ini, pihak ubisoft hanya sekadar berkongsi akan tarikh Assassin’s Creed 4 untuk konsol PlayStation 3 dan juga Xbox 360 sahaja. Hari ini, mereka mengesahkan yang mana permainan sama pada 19 November kelak.
Daripada tarikh pelancaran untuk pengguna PC ini, ia memperlihatkan kelewatan selama lebih kurang tiga minggu berbanding versi konsol yang dilancarkan pada awal November.
Permainan Assassin’s Creed 4 : Black Flag ini mengambil dua latar masa seperti permainan Assassin’s Creed sebelum ini, selain pada masa yang sama membawakan permainan dunia terbuka yang lebih baik, disamping memfokuskan kepada dunia lanun.